Friday, December 17, 2010

KONVO PASTI Kawasan Seremban 2010

Pada 14 Dis 2010 yang lepas, telah diadakan KONVO PASTI Kawasan Seremban. PASTI al-Ikhwan turut menyertai majlis yang gilang gemilang ini. Majlis ini diadakan di Rasah Kemayan Golf & Country Club, Seremban 2.

Tuesday, December 14, 2010

Jamuan Akhir Tahun 2010

Pada 12 Dis 2010, guru-guru PASTI Al-Ikhwan telah mengadakan jamuan akhir tahun bersama para pelajar PASTI. Jamuan ini bagi meraikan bersama kejayaan dalam mendidik dan membimbing para pelajar sepanjang tahun 2010. Semoga para pelajar PASTI Al-Ikhwan akan menjadi mukmin dan mukminat yang soleh dan solehah.

Thursday, November 11, 2010

Hari Kecemerlangan 2010

Hari Kecemerlangan PASTI Al-Ikhwan telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Nov 2010. Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf pencapaian pelajar-pelajar PASTI dan juga menghargai sumbangan dan dedikasi guru-guru PASTI yang tidak kenal erti letih dan putus asa dalam mendidik dan mengasuh pelajar-pelajar PASTI.
Pihak Pengurusan PASTI Al-Ikhwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hj Aminuddin b Hj Harun kerana sudi hadir dan merasmikan majlis ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada Ustaz Nazri Zainuddin (Pengarah PASTI Negeri Sembilan), Ustaz Nazri Yusof (Pengasas PASTI Al-Ikhwan), Ust Mohd Rais (Mantan Pengurus PASTI Al-Ikhwan) dan Sdr Hisyamuddin (Pengerusi JIBG PASTI Al-Ikhwan) kerana sudi hadir memeriahkan lagi majlis ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ibu Bapa pelajar-pelajar PASTI Al-Ikhwan kerana sudi hadir dan memberikan sokongan ke atas setiap program yang diadakan oleh pihak PASTI.

 
YB Aminuddin , Ust Nazri Zainuddin , Tn Pengacara Majlis





Saturday, October 23, 2010

Mahrojan 2010 Kawasan Seremban

16 Okt 2010, PASTI Al-Ikhwan telah menyertai aktiviti tersebut dengan bilangan peserta seramai 14 pelajar. Adik-adik yang telah mewakili PASTI Al-Ikhwan adalah seperti berikut:-

Acara Nasyid
  1. Haziq Husaini b Sedek
  2. Ku Muhd Nsaei b Ku Amri
  3. Muhd Hadif Faiq b Isa
  4. Muhd Sobirin b Yusri
  5. Muhd Hariz Zikri b Mohd Fazlaidha
  6. Nurin Awatif bt Ahmad Nzryshah
  7. Noradila bt Hairulazmi
  8. Nur Ardini bt Mohd Nazri
  9. Nur Nadiyatul Husna bt Mohd Sofian
Acara Hafazan
  1. Nik Rijaluddin Rizki b Ab Raza
  2. Maryam bt Abd Karim
Deklamasi Sajak
  1. Muhd Firdaus b Hasbullah
Laungan Azan
  1. Muhd Muhyiddiiniil Haq b Ahmad Said Abdullah Muid
Sekalung Penghargaan kepada guru-guru yang telah membimbing anak-anakPASTI Al-Ikhwan, dan tahniah kepada para ibubapa yang terus memberikan sokongan kepada PASTI Al-Ikhwan.

Wednesday, September 29, 2010

Sambutan Aidilfitri 1431

Pada 27 Sept yang lepas, PASTI Al-Ikhwan telah mengadakan sambutan & jamuan Aidilfitri bersama para pelajar. Suasana sungguh meriah dengan para pelajar yang hadir dengan menggayakan baju raya masing-masing yang cukup menarik dan cantik.

Terima kasih kepada para ibubapa yang memberikan sokongan terhadap masjlis ini dengan membekalkan juadah raya kepada anak-anak masing-masing.





Wednesday, August 11, 2010

Tuesday, August 3, 2010

Majlis Perkahwinan Cikgu Anesuhana

Pada 1 Ogos 2010 yang lepas, salah seorang guru PASTI Al-Ikhwan telah melangsungkan majlis perkahwinan. Majlis ini turut dihadiri oleh warga PASTI Al-Ikhwan. Turut memeriahkan masjlis ialah Y.B. Hj MohdTaufek ADUN Paroi.

Warga PASTI Al-Ikhwan ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Anis, semoga mahligai yang dibina kekal bahagia dan mendapat rahmat Allah hingga kepada anak cucu.

Sunday, July 25, 2010

Lawatan oleh Klinik Gigi

23 Julai 2010, pada hari tersebut, PASTI Al-Ikhwan telah menerima kunjungan dari kakitangan Klinik Pergigian Besar Seremban. Objektif lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar berkenaan dengan kepentingan menjaga kesihatan gigi.

Pihak Pengurusan PASTI Al-Ikhwan mengucapkan ribuan penghargaan kepada kakitangan Klinik Pergigian Besar Seremban. Semoga bertemu kembali.

Monday, July 19, 2010

Lawatan Muhibbah 2010

AlhamdulilLah, syukur ke hadrat Allah kerana aktiviti ini telah berjalan dengan jayanya. Akitivit ini telah diadakah pada 17 Julai 2010 mulai jam 7 pagi hingga jam 7 malam. Lokasi lawatan ialah Pusat Sains Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Muzium Negara dan Beryl's Chocolate Kingdom. Seramai 93 orang dari kalangan guru, pelajar dan ahli keluarga pelajar menyertai lawatan ini.

Buat perhimpunan dulu sebelum memulakan perjalanan....


Suasana dalam bas....


Gambar kat pintu masuk Pusat Sains Negara....


Sedang asyik lihat pertunjukan kat Pusat Sains Negara...


Gambar kat Muzium Negara...


And last sekali, gi sini lah pulak... beli cokolat.... berkualiti dan murah lah pulak (secara relatif lah.....)

Wednesday, June 9, 2010

Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Seremban

Pada 7 Jun 2010, pihak MGP Kaw Seremban telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Kaw Seremban yang bertempat di PASTI Al-Ikhwan. Seramai 20 orang guru dari PASTI-PASTI  kawasan Seremban telah menyertai program ini.

Sunday, June 6, 2010

Wacana Ilmu : Al Quran, Mukjizat Yang Dipinggirkan

Pada 5 Jun 2010 Jam 9 malam, PASTI Al-Ikhwan telah menganjur Majlis Wacana Ilmu seperti berikut:-
Tarikh : 5 Jun 2010
Masa : 9 Malam
Tempat : Perkarangan PASTI Al-Ikhwan

Ahli Panel Terdiri daripada Ust Basit Wahab (Jabatan Mufti N9), Ust Nasaruddin Ali (Penceramah Bebas) dan Ust Muhd Hafizi Muhd Ali (Pen Pengarah Operasi Dakwah, JPNS). Wacana ini telah dimoderatorkan oleh Sdr Azmi.

Tajuk yang telah dibincangkan ialah  "Al-Quran, Mukjizat Yang Dipinggirkan".

Thursday, June 3, 2010

Petua Menghapuskan Lipas dan Menghalau Nyamuk

Menghapuskan Lipas
Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/2009/06/menghapuskan-lipas-di-rumah.html

Menghalau Nyamuk
Bahan-bahan yang diperlukan ialah Minyak Serai Wangi ( Lemongrass ), Minyak Eucaplyptus ( Kayu Putih / minyak cap kapak) dan Minyak Peppermint ( Pudina ).
Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk.
dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/tips-kurangkan-nyamuk.html

Sunday, May 30, 2010

HARI KELUARGA PASTI AL-IKHWAN 2010

Segala puji bagi Allah Rabb sekalian alam. Buat julung-julung kalinya PASTI Al-Ikhwan dengan kerjasama JIBG PASTI Al-Ikhwan dapat melaksanakan dengan jayanya aktiviti ini.


Akitviti ini telah diadakan pada pada 29 Mei 2010 di Wetworld Pedas Mulai jam 9.00 pagi. Dengan kehadiran warga PASTI Al-Ikhwan sejumlah melebihi 100 orang, aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dan meriah.

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan aktiviti ini.
Pelajar PASTI membaca ikrar PASTI dan nasyid pagi


Saturday, May 1, 2010

Imbauan Silam

PASTI Al-Ikhwan telah ditubuhkan dan didaftarkan secara rasmi pada 1 Jan 1998.

Pengurus pertama yang menjayakan penubuhan PASTI ini ialah Al Fadhil Ustaz Md Nazri bin Md Yusof.

Semenjak dari itu, PASTI Al-Ikhwan terus memberikan khidmat pendidikan pra-sekolah kepada anak-anak penduduk di Taman Paroi Jaya dan kawasan sekitarnya.

Lembaran Pengurus-pengurus
1. Ustaz Md Nazri bin Md Yusof (1998 - 2003)
2. Puan Mahani binti Shamsuddin (2004 - 2007)
3. Ustaz Mohd Rais bin Mustafa Kamal (2008 - 2009)
4. En Ahmad Hidayat B. Fuad (2010 - 2010)
5. Norazlan Ishak (2011 -