Sunday, July 25, 2010

Lawatan oleh Klinik Gigi

23 Julai 2010, pada hari tersebut, PASTI Al-Ikhwan telah menerima kunjungan dari kakitangan Klinik Pergigian Besar Seremban. Objektif lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar berkenaan dengan kepentingan menjaga kesihatan gigi.

Pihak Pengurusan PASTI Al-Ikhwan mengucapkan ribuan penghargaan kepada kakitangan Klinik Pergigian Besar Seremban. Semoga bertemu kembali.

Monday, July 19, 2010

Lawatan Muhibbah 2010

AlhamdulilLah, syukur ke hadrat Allah kerana aktiviti ini telah berjalan dengan jayanya. Akitivit ini telah diadakah pada 17 Julai 2010 mulai jam 7 pagi hingga jam 7 malam. Lokasi lawatan ialah Pusat Sains Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Muzium Negara dan Beryl's Chocolate Kingdom. Seramai 93 orang dari kalangan guru, pelajar dan ahli keluarga pelajar menyertai lawatan ini.

Buat perhimpunan dulu sebelum memulakan perjalanan....


Suasana dalam bas....


Gambar kat pintu masuk Pusat Sains Negara....


Sedang asyik lihat pertunjukan kat Pusat Sains Negara...


Gambar kat Muzium Negara...


And last sekali, gi sini lah pulak... beli cokolat.... berkualiti dan murah lah pulak (secara relatif lah.....)