Tuesday, November 15, 2011

Hari Konvokesyen PASTI Kawasan Seremban 2011

Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya PASTI Kaw Seremban menjayakan hari yang bersejarah ini. Moga-moga kecemerlangan PASTI sama ada di Seremban, Negeri Sembilan mahupun di peringkat Malaysia, akan terus menempa nama di persada tanah air, sebagai sebuah institusi pendidikan pra-sekolah yang membawa anak-anak kembali mengenal dan mencintai Allah dan Rasul-Nya. Amin.

Monday, October 31, 2011

Hari Kecemerlangan PASTI Al-Ikhwan 2011


Al-hamdulillah, pada 29 Okt yang lepas, buat kesekian kalinya, pihak pengurusan PASTI Al-Ikhwan dengan kerjasama JIBG PASTI Al-Ikhwan telah berjaya menganjurkan hari Kecemerlangan PASTI Al-Ikhwan untuk tahun ini.

Pelbagai acara telah diadakan antaranya para pelajar telah mempersembahkan apa yang telah mereka pelajari di PASTI antaranya, hafazan surah-surah, zikir-zikir dan doa-doa. Penyampaian hadiah turut diadakan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan sama ada dari segi akademik, ko-akademik, ko-kurikulum dan juga sahsiah diri.

Semoga majlis yang telah berjalan ini diberkati oleh Allah.

Monday, August 15, 2011

IFTAR PERDANA PASTI AL-IKHWAN

Buat julung-julung kalinya PASTI Al-Ikhwan telah mengadakan Iftar Perdana pada 13 Ogos 2011 / 13 Ramadhan 1432H. Majlis ini telah dihadiri oleh para Ibubapa dan anak-anak warga PASTI.

Program dimulakan dengan masjlis Iftar, dan diikuti dengan solat Maghrib secara berjamaah, ucapan aluan dari pengurus PASTI Al-Ikhwan, ucapan dari Timb Pengerusi PASTI Kaw Seremban. Seterusnya penyampaian penghargaan kepada Adik Mohd Qayyum kerana telah menjadi juara Azan Negeri Sembilan dan penyampaian cenderhati kepada guru-guru PASTI Al-Ikhwan sempena hari guru yang lalu. Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah Ramadhan oleh Ust Ahmad Said (AJK JIBG).

Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah.

Sunday, August 7, 2011

Lawatan Klinik Gigi

Pada 5 Ogos yang lepas, PASTI Al-Ikhwan telah menerima tetamu dari Klinik Pergigian. Pada kali ini, kakak-kakak 'misi' telah menunjukkan kaedah menggosok gigi kepada anak-anak didik PASTI. Petua-petua dan cara-cara penjagaan gigi juga diterangkan pada hari tersebut. Diharapkan adik-adik agar dapat menjaga gigi masing-masing dengan yang terbaik dan jangan lupa gosok gigi setiap hari....

Monday, August 1, 2011

Selamat Ber-Ramadhan


Warga PASTI Al-Ikhwan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua muslimin muslimat. Semoga Ramadhan kali akan meningkatkan ketaqwaan kita semua kepada Allah.

Jadikan ia sebagai Ramadhan al-Mubarak, bukanya Ramadhan Al-Murtabak, dan semoga Allah kuatkan kita di malam-malam hari untuk mencari dan mendapatkan malam Al-Qodar, bukannya malam Al-Kamdar....

Amin.

Monday, July 25, 2011

Adik Qayyum, Tahniah!!!!

PASTI Al-Ikhwan mencatatkan satu lagi sejarah apabila Adik Qayyum telah menjadi Johan acara azan Program Hari Bakat Peringkat Negeri Sembilan. Program ini telah diadakan pada 23 Julai 2011 bertempat di Kuala Pilah.

Insya-Allah, Adik Qayyum akan mewakili Negeri Sembilan ke Progam Hari Bakat yang bakal diadakan di Pahang pada bulan September nanti.

Tuesday, July 12, 2011

TAHNIAH!!! PASTI Al-Ikhwan Juara Seremban

Pada 10 Julai yang lepas, PASTI Kawasan Seremban telah mengadakan Program Hari Bakat. PASTI Al-IKhwan tidak melepaskan peluang menyertai program ini dengan menghantar peserta-pesertanya.

Al-hasil, salah seorang peserta PASTI Al-Ikhwan telah berjaya mendapat johan Seremban. Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Qayyum kerana telah menjuarai bagi kategori AZAN.

Adik Qayyum akan mewakili Seremban untuk menyertai program Hari Bakat peringkat Negeri Sembilan.

Sunday, May 8, 2011

Pendidikan Solat

Antara matlamat penubuhan PASTI ialah agar anak-anak ini dididik dan diasuh untuk mengenal Allah swt, agar mereka kelak akan taat dan patuh atas segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Maka diumur yang muda ini, mereka telah diasuh dengan tiang ibadah iaitu solat. Moga-moga anak-anak ini berada di kalangan hamba-hamba Allah yang menjaga solat-solat mereka.


Éb>u ÓÍ_ù=yèô_$# zOŠÉ)ãB Ío4qn=¢Á9$# `ÏBur ÓÉL­ƒÍhèŒ 4 $oY­/u ö@¬6s)s?ur Ïä!$tãߊ ÇÍÉÈ  
40. "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang Yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (surah Ibrahim)





Sunday, April 24, 2011

Majlis Kesyukuran

Pada hari Jumaat yang lepas (22 Apr 2011), telah diadakan Majlis Kesyukuran atas kejayaan pasukan bola sepak dan bola jaring dalam kejohanan peringkat Kawasan Seremban. Majlis ini dimulakan dengan solat maghrib berjamaah, tahlil ringkas, tazkirah ringkas oleh Ust Mohd Rais dan solat Isya' berjamaah serta jamuan makan malam. Majlis ini meraikan pemain-pemain dan para ibu bapa kerana telah memberikan sumbangan tenaga dan masa, seterusnya kepada para guru yang mencurahkan keringat bagi melatih pemain-pemain bola jaring. Dalam kesempatan ini juga, penghargaan telah diberikan kepada jurulatih pasukan bola sepak, Sdr Fazlaidha atas dedikasi beliau melatih pasukan bola sepak sehingga mencapai kejayaan. Beberapa perkara juga telah dibincangkan dan akan dilaksanakan sebagai persediaan untuk kejohanan tahun hadapan. Insya-Alah kejayaan yang lebih cemerlang akan ditempa pada tahun hadapan.

Monday, April 18, 2011

Hari Keluarga PASTI Al-Ikhwan 2011

Kemeriahan Keluarga PASTI Al-Ikhwan dijelmakan dengan majlis hari keluarga yang dilaksanankan dengan lancar. Terima kasih kepada semua ibubapa pelajar yang meluangkan masa hadri ke masjlis ini. Semoga aktivtiti yang sebegini dapat diteruskan dan memberikan manfaat kepada semua pihak.

Sunday, April 10, 2011

PASTI Al-Ikhwan Dapat Tempat Ke-3

Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI peringkat Kawasan Seremban dengan jayanya telah diadakan pada 10 Apr 2011. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak kerana telah mendapat tempat ke-3 keseluruhan. Tidak dilupakan juga kepada pasukan bola jaring yang telah mendapat tempat ke-2 di peringkat kumpulan. Insya-Allah, tahun depan kita cuba lagi yang terbaik... TAKBIR!!!

Friday, March 11, 2011

Sukaneka PASTI Kaw Seremban 2011

6 Mac 2011, telah berlangsung Acara Sukaneka PASTI Kaw Seremban. PASTI Al-Ikhwan tidak terkecuali menyertai acara ini. Kelihatan anak-anak PASTI yang begitu bersemangat dalam mengambil bahagian pertandingan. Terima kasih kepada para ibu bapa yang memberikan sokongan padu tanpa berbelah bagi dengan dizahirkan dengan warna "MERAH" yang dipakai pada hari tersebut. Kepada guru-guru, teruskan usaha suci anda, insya-Allah, ada balasan yang gemerlapan di sisi Allah taala.

Monday, February 28, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan JIBG

AlhamdulilLah, Mesyuarat Agung Tahunan JIBG (Jemaah Ibu Bapa & Guru... sama lah macam PIBG) untuk PASTI Al-Ikhwan telahpun berjalan dengan lancar pada 26 Feb yang lalu. Sekalung penghargaan diucapkan kepada AJK JIBG 2010 yang telah mencurahkan usaha dan bakti demi matlamat untuk melihat PASTI ini mampu memberikan manfaat kepada masyarakat. Lihatlah akan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2010, semuanya dapat dilaksanakan hasil kerjasama semua pihak.

Sekalung amanah dan tanggungjawab diberikan kepada AJK JIBG 2011, semoga kita semua diberikan kekuatan dan pertolongan oleh Allah swt untuk memikul dan melaksanakan amanah ini. Berikut adalah senarai AJK JIBG 2011:-
Pengerusi : En Yusri Alias
Pen Pengerusi : En Zakaria Mohd Tap
Setiausaha : Pn Suriyaton Abd Majid
Bendahari : Pn Wan Norlaila Wan Seman
AJK :
En Mukti Jusoh
En Ibrahim Abas
Pn Rohana Salleh
En Jaslizam Mohd Samsudin
En Ab Halim Ab Ghani
Pn Nurul Aini Marzuki
Pn Zahidah Zainal Abidin
En Fazlaidha Abd Latif
En Ahmad Said Abdullah Muid

Tuesday, February 8, 2011

Dari Pengurus Pasti Al-Ikhwan

Assalamu'alaikum.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t diatas limpah kurniaNya, dan ribuan terima kasih diatas kesudian tuan-tuan dan puan-puan menghantar anak-anak ke Pasti Al-Ikhwan. Saya mohon maaf atas apa jua kekurangan yang ada. Jika ada sebarang teguran atau cadangan, sila call atau sms ke nombor h/p saya, 013-9313107(Azlan). 

Saturday, February 5, 2011

Ber-Riadhah di Taman Permainan Kompleks Sukan Paroi

Bagi mengakhiri tempoh transisi 2011, pada 2 Feb yang lepas, anak-anak didik PASTI Al-Ikhwan telah dibawa ke Taman Permainan Awam di Kompleks Belia & Sukan Paroi untuk ber-riadah. Jelas terpancar keriangan di wajah-wajah mereka.

Ketika berada di sini, pihak kami telah dikunjungi oleh seorang pegawai Kompleks Sukan dan beliau menyatakan perlu meminta kebenaran untuk menggunakan kemudahan Taman Permainan Awan ini. Kami ucapkan terima kasih kepada beliau atas info tersebut.

Thursday, January 6, 2011

Hari Pertama Persekolahan 2011

Tahun 2011 telah membuka tirainya di PASTI Al-Ikhwan dengan penuh meriah dan warna warni. Pada tanggal 3 Jan 2011, kelihatan anak-anak PASTI melangkah masuk dengan semangat baru ke Institusi Pendidikan ini yang meletakkan Pendidikan Islam sebagai asas. AlhamdulilLah, pada tahun ini, bilangan anak-anak PASTI Al-Ikhwan telah menjangkau melebihi 50 pelajar. Inilah cabaran dan amanah yang diberikan oleh Allah Taala kepada PASTI Al-Ikhwan untuk mendidik dan mengasuh anak-anak ini menjadi insan yang bertaqwa. Bahawasanya Kami pihak pengurusan PASTI Al-Ikhwan bersama Guru-guru akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan amanah ini kerana Allah Taala.
Persekitaran PASTI Al-Ikhwan dari sudut hadapan

Suasana persekitaran PASTI Al-Ikhwan yang amat meriah dengan kehadiran ibubapa yang bersemangat mengiringi anak-anak masing-masing.

Beratur ye adik-adik..... selamat datang ke alam persekolahan yang amat menyeronokkan. Semoga kalian akan menjadi insan-insan yang bertaqwa, yang akan menjadi sandaran umat masa akan datang. Ameen.

Ucapan terima kasih kepada Tn Hj Zulkefly Mohamed (Penaung PASTI N9) dan Ust Nazri Zainuddin (Pengarah PASTI N9) kerana sudi hadir ke PASTI Al-Ikhwan untuk meninjau suasana kemeriahan hari pertama persekolahan 2011 di PASTI ini.