Thursday, January 6, 2011

Hari Pertama Persekolahan 2011

Tahun 2011 telah membuka tirainya di PASTI Al-Ikhwan dengan penuh meriah dan warna warni. Pada tanggal 3 Jan 2011, kelihatan anak-anak PASTI melangkah masuk dengan semangat baru ke Institusi Pendidikan ini yang meletakkan Pendidikan Islam sebagai asas. AlhamdulilLah, pada tahun ini, bilangan anak-anak PASTI Al-Ikhwan telah menjangkau melebihi 50 pelajar. Inilah cabaran dan amanah yang diberikan oleh Allah Taala kepada PASTI Al-Ikhwan untuk mendidik dan mengasuh anak-anak ini menjadi insan yang bertaqwa. Bahawasanya Kami pihak pengurusan PASTI Al-Ikhwan bersama Guru-guru akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan amanah ini kerana Allah Taala.
Persekitaran PASTI Al-Ikhwan dari sudut hadapan

Suasana persekitaran PASTI Al-Ikhwan yang amat meriah dengan kehadiran ibubapa yang bersemangat mengiringi anak-anak masing-masing.

Beratur ye adik-adik..... selamat datang ke alam persekolahan yang amat menyeronokkan. Semoga kalian akan menjadi insan-insan yang bertaqwa, yang akan menjadi sandaran umat masa akan datang. Ameen.

Ucapan terima kasih kepada Tn Hj Zulkefly Mohamed (Penaung PASTI N9) dan Ust Nazri Zainuddin (Pengarah PASTI N9) kerana sudi hadir ke PASTI Al-Ikhwan untuk meninjau suasana kemeriahan hari pertama persekolahan 2011 di PASTI ini.