Sunday, January 8, 2012

Manual Pengurusan PASTI

Tahniah kepada pengurusan PASTI Pusat kerana telah berjaya mengemaskini Manual Pengurusan PASTI. Semoga tahap keberkesanan pengurusan PASTI Cawangan, Kawasan & Negeri dapat dipetingkatkan. Kesannya, anak-anak PASTI dapat ditarbiyyah dengan lebih baik... Insya-Allah.

Wednesday, January 4, 2012

Sesi persekolahan 2012 bermula....

Selamat datang diucapkan kepada anak-anak PASTI sekalian. Adik-adik bakal menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, insya-Allah.

Monday, January 2, 2012

Selamat Datang Baby Boy

Sekalung tahniah kpd Cikgu Wan Norlaila atas dikurniakan seorang anak lelaki yang selamat dilahirkan pada 8 Dis 2011. Satu lawatan muhibbah telah diadakan bagi menyatakan penghargaan ini. Moga anak ini yang dinamakan Mohd Najmi Idraqy akan menjadi anak yang soleh.


Sunday, January 1, 2012

Hari Pra-Pendaftaran 2012

Suasana yang meriah dapat dirasai pada hari ini. Terima kasih kepada para ibubapa yang masih lagi memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada PASTI Al-Ikhwan untuk mendidik dan mentarbiyah anak-anak kalian. Insya-Allah, tanggungjawab ini akan dipikul dengan sebaiknya oleh kami.

Pentas untuk Disewa

Kami ada menyediakan penyewaan pentas yang bersaiz 16'x8'x1' pada kadar RM200 sehari (ternmasuk pengangkutan). Untuk tempahan, sila hubungi pihak kami.


Selamat Tahun Baru 2012