Wednesday, August 11, 2010
Tuesday, August 3, 2010
Majlis Perkahwinan Cikgu Anesuhana
Pada 1 Ogos 2010 yang lepas, salah seorang guru PASTI Al-Ikhwan telah melangsungkan majlis perkahwinan. Majlis ini turut dihadiri oleh warga PASTI Al-Ikhwan. Turut memeriahkan masjlis ialah Y.B. Hj MohdTaufek ADUN Paroi.
Warga PASTI Al-Ikhwan ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Anis, semoga mahligai yang dibina kekal bahagia dan mendapat rahmat Allah hingga kepada anak cucu.
Sunday, July 25, 2010
Lawatan oleh Klinik Gigi
23 Julai 2010, pada hari tersebut, PASTI Al-Ikhwan telah menerima kunjungan dari kakitangan Klinik Pergigian Besar Seremban. Objektif lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar berkenaan dengan kepentingan menjaga kesihatan gigi.
Pihak Pengurusan PASTI Al-Ikhwan mengucapkan ribuan penghargaan kepada kakitangan Klinik Pergigian Besar Seremban. Semoga bertemu kembali.
Monday, July 19, 2010
Lawatan Muhibbah 2010
AlhamdulilLah, syukur ke hadrat Allah kerana aktiviti ini telah berjalan dengan jayanya. Akitivit ini telah diadakah pada 17 Julai 2010 mulai jam 7 pagi hingga jam 7 malam. Lokasi lawatan ialah Pusat Sains Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Muzium Negara dan Beryl's Chocolate Kingdom. Seramai 93 orang dari kalangan guru, pelajar dan ahli keluarga pelajar menyertai lawatan ini.
Buat perhimpunan dulu sebelum memulakan perjalanan....
Suasana dalam bas....
Gambar kat pintu masuk Pusat Sains Negara....
Sedang asyik lihat pertunjukan kat Pusat Sains Negara...
Gambar kat Muzium Negara...
And last sekali, gi sini lah pulak... beli cokolat.... berkualiti dan murah lah pulak (secara relatif lah.....)
Wednesday, June 9, 2010
Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Seremban
Pada 7 Jun 2010, pihak MGP Kaw Seremban telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Kaw Seremban yang bertempat di PASTI Al-Ikhwan. Seramai 20 orang guru dari PASTI-PASTI kawasan Seremban telah menyertai program ini.
Sunday, June 6, 2010
Wacana Ilmu : Al Quran, Mukjizat Yang Dipinggirkan
Pada 5 Jun 2010 Jam 9 malam, PASTI Al-Ikhwan telah menganjur Majlis Wacana Ilmu seperti berikut:-
Tarikh : 5 Jun 2010
Masa : 9 Malam
Tempat : Perkarangan PASTI Al-Ikhwan
Ahli Panel Terdiri daripada Ust Basit Wahab (Jabatan Mufti N9), Ust Nasaruddin Ali (Penceramah Bebas) dan Ust Muhd Hafizi Muhd Ali (Pen Pengarah Operasi Dakwah, JPNS). Wacana ini telah dimoderatorkan oleh Sdr Azmi.
Thursday, June 3, 2010
Petua Menghapuskan Lipas dan Menghalau Nyamuk
Menghapuskan Lipas
Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/2009/06/menghapuskan-lipas-di-rumah.html
Menghalau Nyamuk
Bahan-bahan yang diperlukan ialah Minyak Serai Wangi ( Lemongrass ), Minyak Eucaplyptus ( Kayu Putih / minyak cap kapak) dan Minyak Peppermint ( Pudina ).
Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk.
dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/tips-kurangkan-nyamuk.html
Subscribe to:
Posts (Atom)




