Monday, February 28, 2011

Mesyuarat Agung Tahunan JIBG

AlhamdulilLah, Mesyuarat Agung Tahunan JIBG (Jemaah Ibu Bapa & Guru... sama lah macam PIBG) untuk PASTI Al-Ikhwan telahpun berjalan dengan lancar pada 26 Feb yang lalu. Sekalung penghargaan diucapkan kepada AJK JIBG 2010 yang telah mencurahkan usaha dan bakti demi matlamat untuk melihat PASTI ini mampu memberikan manfaat kepada masyarakat. Lihatlah akan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2010, semuanya dapat dilaksanakan hasil kerjasama semua pihak.

Sekalung amanah dan tanggungjawab diberikan kepada AJK JIBG 2011, semoga kita semua diberikan kekuatan dan pertolongan oleh Allah swt untuk memikul dan melaksanakan amanah ini. Berikut adalah senarai AJK JIBG 2011:-
Pengerusi : En Yusri Alias
Pen Pengerusi : En Zakaria Mohd Tap
Setiausaha : Pn Suriyaton Abd Majid
Bendahari : Pn Wan Norlaila Wan Seman
AJK :
En Mukti Jusoh
En Ibrahim Abas
Pn Rohana Salleh
En Jaslizam Mohd Samsudin
En Ab Halim Ab Ghani
Pn Nurul Aini Marzuki
Pn Zahidah Zainal Abidin
En Fazlaidha Abd Latif
En Ahmad Said Abdullah Muid

Tuesday, February 8, 2011

Dari Pengurus Pasti Al-Ikhwan

Assalamu'alaikum.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur kepada Allah s.w.t diatas limpah kurniaNya, dan ribuan terima kasih diatas kesudian tuan-tuan dan puan-puan menghantar anak-anak ke Pasti Al-Ikhwan. Saya mohon maaf atas apa jua kekurangan yang ada. Jika ada sebarang teguran atau cadangan, sila call atau sms ke nombor h/p saya, 013-9313107(Azlan). 

Saturday, February 5, 2011

Ber-Riadhah di Taman Permainan Kompleks Sukan Paroi

Bagi mengakhiri tempoh transisi 2011, pada 2 Feb yang lepas, anak-anak didik PASTI Al-Ikhwan telah dibawa ke Taman Permainan Awam di Kompleks Belia & Sukan Paroi untuk ber-riadah. Jelas terpancar keriangan di wajah-wajah mereka.

Ketika berada di sini, pihak kami telah dikunjungi oleh seorang pegawai Kompleks Sukan dan beliau menyatakan perlu meminta kebenaran untuk menggunakan kemudahan Taman Permainan Awan ini. Kami ucapkan terima kasih kepada beliau atas info tersebut.

Thursday, January 6, 2011

Hari Pertama Persekolahan 2011

Tahun 2011 telah membuka tirainya di PASTI Al-Ikhwan dengan penuh meriah dan warna warni. Pada tanggal 3 Jan 2011, kelihatan anak-anak PASTI melangkah masuk dengan semangat baru ke Institusi Pendidikan ini yang meletakkan Pendidikan Islam sebagai asas. AlhamdulilLah, pada tahun ini, bilangan anak-anak PASTI Al-Ikhwan telah menjangkau melebihi 50 pelajar. Inilah cabaran dan amanah yang diberikan oleh Allah Taala kepada PASTI Al-Ikhwan untuk mendidik dan mengasuh anak-anak ini menjadi insan yang bertaqwa. Bahawasanya Kami pihak pengurusan PASTI Al-Ikhwan bersama Guru-guru akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan amanah ini kerana Allah Taala.
Persekitaran PASTI Al-Ikhwan dari sudut hadapan

Suasana persekitaran PASTI Al-Ikhwan yang amat meriah dengan kehadiran ibubapa yang bersemangat mengiringi anak-anak masing-masing.

Beratur ye adik-adik..... selamat datang ke alam persekolahan yang amat menyeronokkan. Semoga kalian akan menjadi insan-insan yang bertaqwa, yang akan menjadi sandaran umat masa akan datang. Ameen.

Ucapan terima kasih kepada Tn Hj Zulkefly Mohamed (Penaung PASTI N9) dan Ust Nazri Zainuddin (Pengarah PASTI N9) kerana sudi hadir ke PASTI Al-Ikhwan untuk meninjau suasana kemeriahan hari pertama persekolahan 2011 di PASTI ini.

Friday, December 17, 2010

KONVO PASTI Kawasan Seremban 2010

Pada 14 Dis 2010 yang lepas, telah diadakan KONVO PASTI Kawasan Seremban. PASTI al-Ikhwan turut menyertai majlis yang gilang gemilang ini. Majlis ini diadakan di Rasah Kemayan Golf & Country Club, Seremban 2.

Tuesday, December 14, 2010

Jamuan Akhir Tahun 2010

Pada 12 Dis 2010, guru-guru PASTI Al-Ikhwan telah mengadakan jamuan akhir tahun bersama para pelajar PASTI. Jamuan ini bagi meraikan bersama kejayaan dalam mendidik dan membimbing para pelajar sepanjang tahun 2010. Semoga para pelajar PASTI Al-Ikhwan akan menjadi mukmin dan mukminat yang soleh dan solehah.

Thursday, November 11, 2010

Hari Kecemerlangan 2010

Hari Kecemerlangan PASTI Al-Ikhwan telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Nov 2010. Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf pencapaian pelajar-pelajar PASTI dan juga menghargai sumbangan dan dedikasi guru-guru PASTI yang tidak kenal erti letih dan putus asa dalam mendidik dan mengasuh pelajar-pelajar PASTI.
Pihak Pengurusan PASTI Al-Ikhwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hj Aminuddin b Hj Harun kerana sudi hadir dan merasmikan majlis ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada Ustaz Nazri Zainuddin (Pengarah PASTI Negeri Sembilan), Ustaz Nazri Yusof (Pengasas PASTI Al-Ikhwan), Ust Mohd Rais (Mantan Pengurus PASTI Al-Ikhwan) dan Sdr Hisyamuddin (Pengerusi JIBG PASTI Al-Ikhwan) kerana sudi hadir memeriahkan lagi majlis ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ibu Bapa pelajar-pelajar PASTI Al-Ikhwan kerana sudi hadir dan memberikan sokongan ke atas setiap program yang diadakan oleh pihak PASTI.

 
YB Aminuddin , Ust Nazri Zainuddin , Tn Pengacara Majlis