Monday, July 25, 2011

Adik Qayyum, Tahniah!!!!

PASTI Al-Ikhwan mencatatkan satu lagi sejarah apabila Adik Qayyum telah menjadi Johan acara azan Program Hari Bakat Peringkat Negeri Sembilan. Program ini telah diadakan pada 23 Julai 2011 bertempat di Kuala Pilah.

Insya-Allah, Adik Qayyum akan mewakili Negeri Sembilan ke Progam Hari Bakat yang bakal diadakan di Pahang pada bulan September nanti.

Tuesday, July 12, 2011

TAHNIAH!!! PASTI Al-Ikhwan Juara Seremban

Pada 10 Julai yang lepas, PASTI Kawasan Seremban telah mengadakan Program Hari Bakat. PASTI Al-IKhwan tidak melepaskan peluang menyertai program ini dengan menghantar peserta-pesertanya.

Al-hasil, salah seorang peserta PASTI Al-Ikhwan telah berjaya mendapat johan Seremban. Tahniah diucapkan kepada adik Mohd Qayyum kerana telah menjuarai bagi kategori AZAN.

Adik Qayyum akan mewakili Seremban untuk menyertai program Hari Bakat peringkat Negeri Sembilan.

Sunday, May 8, 2011

Pendidikan Solat

Antara matlamat penubuhan PASTI ialah agar anak-anak ini dididik dan diasuh untuk mengenal Allah swt, agar mereka kelak akan taat dan patuh atas segala perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya.

Maka diumur yang muda ini, mereka telah diasuh dengan tiang ibadah iaitu solat. Moga-moga anak-anak ini berada di kalangan hamba-hamba Allah yang menjaga solat-solat mereka.


Éb>u ÓÍ_ù=yèô_$# zOŠÉ)ãB Ío4qn=¢Á9$# `ÏBur ÓÉL­ƒÍhèŒ 4 $oY­/u ö@¬6s)s?ur Ïä!$tãߊ ÇÍÉÈ  
40. "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang Yang mendirikan sembahyang dan Demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (surah Ibrahim)





Sunday, April 24, 2011

Majlis Kesyukuran

Pada hari Jumaat yang lepas (22 Apr 2011), telah diadakan Majlis Kesyukuran atas kejayaan pasukan bola sepak dan bola jaring dalam kejohanan peringkat Kawasan Seremban. Majlis ini dimulakan dengan solat maghrib berjamaah, tahlil ringkas, tazkirah ringkas oleh Ust Mohd Rais dan solat Isya' berjamaah serta jamuan makan malam. Majlis ini meraikan pemain-pemain dan para ibu bapa kerana telah memberikan sumbangan tenaga dan masa, seterusnya kepada para guru yang mencurahkan keringat bagi melatih pemain-pemain bola jaring. Dalam kesempatan ini juga, penghargaan telah diberikan kepada jurulatih pasukan bola sepak, Sdr Fazlaidha atas dedikasi beliau melatih pasukan bola sepak sehingga mencapai kejayaan. Beberapa perkara juga telah dibincangkan dan akan dilaksanakan sebagai persediaan untuk kejohanan tahun hadapan. Insya-Alah kejayaan yang lebih cemerlang akan ditempa pada tahun hadapan.

Monday, April 18, 2011

Hari Keluarga PASTI Al-Ikhwan 2011

Kemeriahan Keluarga PASTI Al-Ikhwan dijelmakan dengan majlis hari keluarga yang dilaksanankan dengan lancar. Terima kasih kepada semua ibubapa pelajar yang meluangkan masa hadri ke masjlis ini. Semoga aktivtiti yang sebegini dapat diteruskan dan memberikan manfaat kepada semua pihak.

Sunday, April 10, 2011

PASTI Al-Ikhwan Dapat Tempat Ke-3

Kejohanan Bola Sepak & Bola Jaring PASTI peringkat Kawasan Seremban dengan jayanya telah diadakan pada 10 Apr 2011. Tahniah diucapkan kepada pasukan bola sepak kerana telah mendapat tempat ke-3 keseluruhan. Tidak dilupakan juga kepada pasukan bola jaring yang telah mendapat tempat ke-2 di peringkat kumpulan. Insya-Allah, tahun depan kita cuba lagi yang terbaik... TAKBIR!!!

Friday, March 11, 2011

Sukaneka PASTI Kaw Seremban 2011

6 Mac 2011, telah berlangsung Acara Sukaneka PASTI Kaw Seremban. PASTI Al-Ikhwan tidak terkecuali menyertai acara ini. Kelihatan anak-anak PASTI yang begitu bersemangat dalam mengambil bahagian pertandingan. Terima kasih kepada para ibu bapa yang memberikan sokongan padu tanpa berbelah bagi dengan dizahirkan dengan warna "MERAH" yang dipakai pada hari tersebut. Kepada guru-guru, teruskan usaha suci anda, insya-Allah, ada balasan yang gemerlapan di sisi Allah taala.