Selamat datang diucapkan kepada anak-anak PASTI sekalian. Adik-adik bakal menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, insya-Allah.
Wednesday, January 4, 2012
Monday, January 2, 2012
Selamat Datang Baby Boy
Sekalung tahniah kpd Cikgu Wan Norlaila atas dikurniakan seorang anak lelaki yang selamat dilahirkan pada 8 Dis 2011. Satu lawatan muhibbah telah diadakan bagi menyatakan penghargaan ini. Moga anak ini yang dinamakan Mohd Najmi Idraqy akan menjadi anak yang soleh.
Sunday, January 1, 2012
Hari Pra-Pendaftaran 2012
Suasana yang meriah dapat dirasai pada hari ini. Terima kasih kepada para ibubapa yang masih lagi memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada PASTI Al-Ikhwan untuk mendidik dan mentarbiyah anak-anak kalian. Insya-Allah, tanggungjawab ini akan dipikul dengan sebaiknya oleh kami.
Pentas untuk Disewa
Kami ada menyediakan penyewaan pentas yang bersaiz 16'x8'x1' pada kadar RM200 sehari (ternmasuk pengangkutan). Untuk tempahan, sila hubungi pihak kami.
Tuesday, November 15, 2011
Hari Konvokesyen PASTI Kawasan Seremban 2011
Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya PASTI Kaw Seremban menjayakan hari yang bersejarah ini. Moga-moga kecemerlangan PASTI sama ada di Seremban, Negeri Sembilan mahupun di peringkat Malaysia, akan terus menempa nama di persada tanah air, sebagai sebuah institusi pendidikan pra-sekolah yang membawa anak-anak kembali mengenal dan mencintai Allah dan Rasul-Nya. Amin.
Monday, October 31, 2011
Hari Kecemerlangan PASTI Al-Ikhwan 2011
Al-hamdulillah, pada 29 Okt yang lepas, buat kesekian kalinya, pihak pengurusan PASTI Al-Ikhwan dengan kerjasama JIBG PASTI Al-Ikhwan telah berjaya menganjurkan hari Kecemerlangan PASTI Al-Ikhwan untuk tahun ini.
Pelbagai acara telah diadakan antaranya para pelajar telah mempersembahkan apa yang telah mereka pelajari di PASTI antaranya, hafazan surah-surah, zikir-zikir dan doa-doa. Penyampaian hadiah turut diadakan kepada para pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan sama ada dari segi akademik, ko-akademik, ko-kurikulum dan juga sahsiah diri.
Semoga majlis yang telah berjalan ini diberkati oleh Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)





