Wednesday, September 29, 2010

Sambutan Aidilfitri 1431

Pada 27 Sept yang lepas, PASTI Al-Ikhwan telah mengadakan sambutan & jamuan Aidilfitri bersama para pelajar. Suasana sungguh meriah dengan para pelajar yang hadir dengan menggayakan baju raya masing-masing yang cukup menarik dan cantik.

Terima kasih kepada para ibubapa yang memberikan sokongan terhadap masjlis ini dengan membekalkan juadah raya kepada anak-anak masing-masing.





Wednesday, August 11, 2010

Tuesday, August 3, 2010

Majlis Perkahwinan Cikgu Anesuhana

Pada 1 Ogos 2010 yang lepas, salah seorang guru PASTI Al-Ikhwan telah melangsungkan majlis perkahwinan. Majlis ini turut dihadiri oleh warga PASTI Al-Ikhwan. Turut memeriahkan masjlis ialah Y.B. Hj MohdTaufek ADUN Paroi.

Warga PASTI Al-Ikhwan ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Anis, semoga mahligai yang dibina kekal bahagia dan mendapat rahmat Allah hingga kepada anak cucu.

Sunday, July 25, 2010

Lawatan oleh Klinik Gigi

23 Julai 2010, pada hari tersebut, PASTI Al-Ikhwan telah menerima kunjungan dari kakitangan Klinik Pergigian Besar Seremban. Objektif lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada para pelajar berkenaan dengan kepentingan menjaga kesihatan gigi.

Pihak Pengurusan PASTI Al-Ikhwan mengucapkan ribuan penghargaan kepada kakitangan Klinik Pergigian Besar Seremban. Semoga bertemu kembali.

Monday, July 19, 2010

Lawatan Muhibbah 2010

AlhamdulilLah, syukur ke hadrat Allah kerana aktiviti ini telah berjalan dengan jayanya. Akitivit ini telah diadakah pada 17 Julai 2010 mulai jam 7 pagi hingga jam 7 malam. Lokasi lawatan ialah Pusat Sains Negara, Masjid Wilayah Persekutuan, Muzium Negara dan Beryl's Chocolate Kingdom. Seramai 93 orang dari kalangan guru, pelajar dan ahli keluarga pelajar menyertai lawatan ini.

Buat perhimpunan dulu sebelum memulakan perjalanan....


Suasana dalam bas....


Gambar kat pintu masuk Pusat Sains Negara....


Sedang asyik lihat pertunjukan kat Pusat Sains Negara...


Gambar kat Muzium Negara...


And last sekali, gi sini lah pulak... beli cokolat.... berkualiti dan murah lah pulak (secara relatif lah.....)

Wednesday, June 9, 2010

Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Seremban

Pada 7 Jun 2010, pihak MGP Kaw Seremban telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Kaw Seremban yang bertempat di PASTI Al-Ikhwan. Seramai 20 orang guru dari PASTI-PASTI  kawasan Seremban telah menyertai program ini.

Sunday, June 6, 2010

Wacana Ilmu : Al Quran, Mukjizat Yang Dipinggirkan

Pada 5 Jun 2010 Jam 9 malam, PASTI Al-Ikhwan telah menganjur Majlis Wacana Ilmu seperti berikut:-
Tarikh : 5 Jun 2010
Masa : 9 Malam
Tempat : Perkarangan PASTI Al-Ikhwan

Ahli Panel Terdiri daripada Ust Basit Wahab (Jabatan Mufti N9), Ust Nasaruddin Ali (Penceramah Bebas) dan Ust Muhd Hafizi Muhd Ali (Pen Pengarah Operasi Dakwah, JPNS). Wacana ini telah dimoderatorkan oleh Sdr Azmi.

Tajuk yang telah dibincangkan ialah  "Al-Quran, Mukjizat Yang Dipinggirkan".