Thursday, January 6, 2011

Hari Pertama Persekolahan 2011

Tahun 2011 telah membuka tirainya di PASTI Al-Ikhwan dengan penuh meriah dan warna warni. Pada tanggal 3 Jan 2011, kelihatan anak-anak PASTI melangkah masuk dengan semangat baru ke Institusi Pendidikan ini yang meletakkan Pendidikan Islam sebagai asas. AlhamdulilLah, pada tahun ini, bilangan anak-anak PASTI Al-Ikhwan telah menjangkau melebihi 50 pelajar. Inilah cabaran dan amanah yang diberikan oleh Allah Taala kepada PASTI Al-Ikhwan untuk mendidik dan mengasuh anak-anak ini menjadi insan yang bertaqwa. Bahawasanya Kami pihak pengurusan PASTI Al-Ikhwan bersama Guru-guru akan berusaha bersungguh-sungguh melaksanakan amanah ini kerana Allah Taala.
Persekitaran PASTI Al-Ikhwan dari sudut hadapan

Suasana persekitaran PASTI Al-Ikhwan yang amat meriah dengan kehadiran ibubapa yang bersemangat mengiringi anak-anak masing-masing.

Beratur ye adik-adik..... selamat datang ke alam persekolahan yang amat menyeronokkan. Semoga kalian akan menjadi insan-insan yang bertaqwa, yang akan menjadi sandaran umat masa akan datang. Ameen.

Ucapan terima kasih kepada Tn Hj Zulkefly Mohamed (Penaung PASTI N9) dan Ust Nazri Zainuddin (Pengarah PASTI N9) kerana sudi hadir ke PASTI Al-Ikhwan untuk meninjau suasana kemeriahan hari pertama persekolahan 2011 di PASTI ini.

Friday, December 17, 2010

KONVO PASTI Kawasan Seremban 2010

Pada 14 Dis 2010 yang lepas, telah diadakan KONVO PASTI Kawasan Seremban. PASTI al-Ikhwan turut menyertai majlis yang gilang gemilang ini. Majlis ini diadakan di Rasah Kemayan Golf & Country Club, Seremban 2.

Tuesday, December 14, 2010

Jamuan Akhir Tahun 2010

Pada 12 Dis 2010, guru-guru PASTI Al-Ikhwan telah mengadakan jamuan akhir tahun bersama para pelajar PASTI. Jamuan ini bagi meraikan bersama kejayaan dalam mendidik dan membimbing para pelajar sepanjang tahun 2010. Semoga para pelajar PASTI Al-Ikhwan akan menjadi mukmin dan mukminat yang soleh dan solehah.

Thursday, November 11, 2010

Hari Kecemerlangan 2010

Hari Kecemerlangan PASTI Al-Ikhwan telah berlangsung dengan jayanya pada 7 Nov 2010. Majlis ini diadakan bagi mengiktiraf pencapaian pelajar-pelajar PASTI dan juga menghargai sumbangan dan dedikasi guru-guru PASTI yang tidak kenal erti letih dan putus asa dalam mendidik dan mengasuh pelajar-pelajar PASTI.
Pihak Pengurusan PASTI Al-Ikhwan mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Hj Aminuddin b Hj Harun kerana sudi hadir dan merasmikan majlis ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada Ustaz Nazri Zainuddin (Pengarah PASTI Negeri Sembilan), Ustaz Nazri Yusof (Pengasas PASTI Al-Ikhwan), Ust Mohd Rais (Mantan Pengurus PASTI Al-Ikhwan) dan Sdr Hisyamuddin (Pengerusi JIBG PASTI Al-Ikhwan) kerana sudi hadir memeriahkan lagi majlis ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua Ibu Bapa pelajar-pelajar PASTI Al-Ikhwan kerana sudi hadir dan memberikan sokongan ke atas setiap program yang diadakan oleh pihak PASTI.

 
YB Aminuddin , Ust Nazri Zainuddin , Tn Pengacara Majlis





Saturday, October 23, 2010

Mahrojan 2010 Kawasan Seremban

16 Okt 2010, PASTI Al-Ikhwan telah menyertai aktiviti tersebut dengan bilangan peserta seramai 14 pelajar. Adik-adik yang telah mewakili PASTI Al-Ikhwan adalah seperti berikut:-

Acara Nasyid
  1. Haziq Husaini b Sedek
  2. Ku Muhd Nsaei b Ku Amri
  3. Muhd Hadif Faiq b Isa
  4. Muhd Sobirin b Yusri
  5. Muhd Hariz Zikri b Mohd Fazlaidha
  6. Nurin Awatif bt Ahmad Nzryshah
  7. Noradila bt Hairulazmi
  8. Nur Ardini bt Mohd Nazri
  9. Nur Nadiyatul Husna bt Mohd Sofian
Acara Hafazan
  1. Nik Rijaluddin Rizki b Ab Raza
  2. Maryam bt Abd Karim
Deklamasi Sajak
  1. Muhd Firdaus b Hasbullah
Laungan Azan
  1. Muhd Muhyiddiiniil Haq b Ahmad Said Abdullah Muid
Sekalung Penghargaan kepada guru-guru yang telah membimbing anak-anakPASTI Al-Ikhwan, dan tahniah kepada para ibubapa yang terus memberikan sokongan kepada PASTI Al-Ikhwan.

Wednesday, September 29, 2010

Sambutan Aidilfitri 1431

Pada 27 Sept yang lepas, PASTI Al-Ikhwan telah mengadakan sambutan & jamuan Aidilfitri bersama para pelajar. Suasana sungguh meriah dengan para pelajar yang hadir dengan menggayakan baju raya masing-masing yang cukup menarik dan cantik.

Terima kasih kepada para ibubapa yang memberikan sokongan terhadap masjlis ini dengan membekalkan juadah raya kepada anak-anak masing-masing.





Wednesday, August 11, 2010