Sunday, April 29, 2012

Lawatan Klinik Gigi

Pada 26 April yang lepas, PASTI menerima lawatan dari Klinik Kesihatan Pergigian Seremban. Pelajar-pelajar didedahkan kepentingan penjagaan gigi dan diajar cara menggosok gigi dengan betul. Kepada jururawat-jururawat gigi.... terima kasih.



Friday, April 27, 2012

praktikal sains - tumbuhan

Setiap topik yang diajar dalam subjek matapelajaran PSSPI akan dipraktikkan pada hari jumaat dalam bentuk sains praktikal atau sains kreativiti. contohnya : memperkenalkan tumbuh2an dan asas2 menanam pokok. alhamdulillah pada minggu lepas (20/4/2012), murid2 tahun5 telah belajar bagaimana untuk menanam pokok bendi. pelbagai kerenah anak2 pasti sewaktu pertama kali dibenarkan bermain dengan tanah untuk menanam benih pokok bendi masing2. 2hari berikutnya mereka begitu teruja melihat benih pokok mereka tumbuh dari pasu masing2.sekarang mereka tidak sabar menunggu pokok mereka menjadi besar. setiap pagi mereka akan melihat dan menyiram pokok masing2.