Logo PASTI

Pada 21 Julai 1991 Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengarahkan semua PASTI menggunakan logo baru yang rasmi dalam semua urusan PASTI. Logo ini telah direka oleh Raja Abdul Aziz Raja Ailan yang memenangi Pertandingan Mencipta Logo PASTI yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat.


 
Warna :
  1. Putih melambangkan kesucian Islam itu sendiri dan fitrah anak-anak di alamnya yang suci, putih, bersih dan sedia dicernakan mengikut fitrah Islam itu sendiri.
  2. Hijau melambangkan kesuburan di mana setiap benih itu perlu kepada baja dan perhatian lain yang penuh dalam menghasilkan tunas-tunas yang sihat dan InsyaAllah akan menghasilkan pula pohon-pohon yang subur lagi bermanfaat. Begitulah juga dimaksudkan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dalam usaha menghasilkan insan-insan yang bertaqwa, berdisplin serta mujahid-mujahid yang benar.