Wednesday, June 9, 2010

Sambutan Hari Guru PASTI Kawasan Seremban

Pada 7 Jun 2010, pihak MGP Kaw Seremban telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Kaw Seremban yang bertempat di PASTI Al-Ikhwan. Seramai 20 orang guru dari PASTI-PASTI  kawasan Seremban telah menyertai program ini.

Sunday, June 6, 2010

Wacana Ilmu : Al Quran, Mukjizat Yang Dipinggirkan

Pada 5 Jun 2010 Jam 9 malam, PASTI Al-Ikhwan telah menganjur Majlis Wacana Ilmu seperti berikut:-
Tarikh : 5 Jun 2010
Masa : 9 Malam
Tempat : Perkarangan PASTI Al-Ikhwan

Ahli Panel Terdiri daripada Ust Basit Wahab (Jabatan Mufti N9), Ust Nasaruddin Ali (Penceramah Bebas) dan Ust Muhd Hafizi Muhd Ali (Pen Pengarah Operasi Dakwah, JPNS). Wacana ini telah dimoderatorkan oleh Sdr Azmi.

Tajuk yang telah dibincangkan ialah  "Al-Quran, Mukjizat Yang Dipinggirkan".

Thursday, June 3, 2010

Petua Menghapuskan Lipas dan Menghalau Nyamuk

Menghapuskan Lipas
Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.

Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/2009/06/menghapuskan-lipas-di-rumah.html

Menghalau Nyamuk
Bahan-bahan yang diperlukan ialah Minyak Serai Wangi ( Lemongrass ), Minyak Eucaplyptus ( Kayu Putih / minyak cap kapak) dan Minyak Peppermint ( Pudina ).
Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk.
dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/tips-kurangkan-nyamuk.html