Menghapuskan Lipas
Membunuh lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan bottle yang ada kepala spray. Masukkan air yang telah dicampurkan dengan sabun mandi. Bila nampak aje lipas, spray ke atasnya. Lipas akan mati cepat sebab tidak dapat bernafas kerana ia bernafas dari kulit kepala sehingga ke kulit badan. Air dan sabun akan menutup lubang nafas mereka.
Dapatlah jimat duit sikit daripada dok memperkayakan pembuat Baygon dan Ridsect. Gunakan duit tu untuk bersedekah.
Memerangkap lipas dgn cara natural tanpa insecticide dan tanpa racun:
Sediakan botol kaca yang terbuka mulutnya seperti botol jam dan madu. Letakkan sedikit serbok kopi atau koko dalam botol.
Letak berhampiran dinding atau tempat yang biasa nampak lipas. Biasanya lipas boleh panjat masuk botol tapi tak dapat nak keluar.
Bila dah terperangkap, spay dgn air sabun.
dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/2009/06/menghapuskan-lipas-di-rumah.html
Menghalau Nyamuk
Bahan-bahan yang diperlukan ialah Minyak Serai Wangi ( Lemongrass ), Minyak Eucaplyptus ( Kayu Putih / minyak cap kapak) dan Minyak Peppermint ( Pudina ).
Titiskan minyak-minyak tersebut ke cebisan kain dalam 1 kaki atau kurang. Gantung di ruang yang tak mau ada gangguan nyamuk.
dipetik dari http://idhamlim.blogspot.com/2009/07/tips-kurangkan-nyamuk.html
No comments:
Post a Comment