Buat julung-julung kalinya PASTI Al-Ikhwan telah mengadakan Iftar Perdana pada 13 Ogos 2011 / 13 Ramadhan 1432H. Majlis ini telah dihadiri oleh para Ibubapa dan anak-anak warga PASTI.
Program dimulakan dengan masjlis Iftar, dan diikuti dengan solat Maghrib secara berjamaah, ucapan aluan dari pengurus PASTI Al-Ikhwan, ucapan dari Timb Pengerusi PASTI Kaw Seremban. Seterusnya penyampaian penghargaan kepada Adik Mohd Qayyum kerana telah menjadi juara Azan Negeri Sembilan dan penyampaian cenderhati kepada guru-guru PASTI Al-Ikhwan sempena hari guru yang lalu. Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah Ramadhan oleh Ust Ahmad Said (AJK JIBG).
Semoga majlis ini mendapat keberkatan dari Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment